Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Selasa

16 April 2019

6:03:40 PTG
937197

60,000 Pelarian Nicaragua Membanjiri Negara Jiran

Lebih 60,000 orang melarikan diri daripada krisis di Nicaragua menyebabkan kebanjiran pelarian pada negara jiran khususnya Costa Rica sepanjang tahun lalu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Lebih 60,000 orang melarikan diri daripada krisis di Nicaragua menyebabkan kebanjiran pelarian pada negara jiran khususnya Costa Rica sepanjang tahun lalu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) berkata, ketidakstabilan politik sejak beberapa bulan protes jalanan dilakukan sejak April tahun lalu terhadap kerajaan Presiden Daniel Otrega menyaksikan lebih 325 orang maut.

Katanya, dianggarkan seramai 55,000 daripada 62,000 orang melarikan diri ke negara jiran iaitu ke Costa Rica.

“Mereka menggunakan ‘pelbagai cara lain daripada kebiasaan untuk melarikan diri mengelakkan dikesan seperti berjalan berjam-jam melalui kawasan sukar, terdedah kepada haba, kelembapan dan risiko dijangkiti malaria,” jelas kenyaaan itu.

Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) mengancam Ortega dengan sekatan disamping pihak pembangkang meminta pembebasan semua tahanan demonstrasi. - AFP