Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Jumaat

3 Mei 2019

3:36:27 PTG
939366

Naib Presiden Brazil Anggap Kudeta Di Venezuela Bukan Idea Yang Baik

Naib Presiden Brazil menyifatkan percubaan kudeta yang disokong Amerika Syarikat untuk menjatuhkan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro sebagai sebuah idea yang tidak baik.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Naib Presiden Brazil menyifatkan percubaan kudeta yang disokong Amerika Syarikat untuk menjatuhkan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro sebagai sebuah idea yang tidak baik.

Pandangan beliau itu sama sekali bertentangan dengan pandangan yang dilontarkan oleh Presiden Brazil, Jair Bolsonaro ketika berkata bahawa beliau menyokong rampasan kuasa yang dikepalai oleh Guaido di Venezuela.

Naib Presiden Brazil, Hamilton Mourao pada hari Khamis berkata bahawa tokoh pembangkang Venezuela, Juan Guaido telah membuat perkiraan yang silap apabila meletakkan harapan untuk melihat para pemimpin tertinggi angkatan tentera Venezuela akan menyertainya di dalam percubaan kudeta tersebut.

Beliau berkata bahawa keretakan di kalangan anggota angkatan bersenjata Venezuela yang berpangkat lebih rendah. Akan tetapi, para pegawai tertinggi mereka masih setia kepada kerajaan pimpinan Presiden Nicolas Maduro.

"Kami tidak melihat cahaya di akhir terowong buat Venezuela," katanya, sambil menambah bahawa Brasilia bimbang jika krisis di negara jirannya itu akan berkahir dengan perang saudara.

Pada awal hari Selasa, sekumpulan anggota tentera yang bersenjata dilaporkan menyertai Juan Guaido dan bertempur dengan tentera kerjaan di ketika perhimpunan anti-kerajaan berlangsung di ibu kota Venezuela, Caracas. Tembakan senjata api turut kedengaran dan lebih daripada 100 orang dilaporkan cedera.

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang sebelum ini telah mengiktiraf Guaido sebagai "presiden" Venezuela, tanpa melengahkan sebarang masa telah menyatakan sokongan mereka terhadap percubaan kudeta tersebut.

Lewat pada hari yang sama, Presiden Maduro mengisytiharkan bahawa percubaan rampasan kuasa secara bersenjata oleh sekumpulan kecil anggota tentera negara itu telah dipatahkan.-Press TV