Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Isnin

6 Mei 2019

12:27:42 PTG
939757

Angkatan Tentera Khalifa Haftar Diseru Tumpaskan Lawan

Tentera Nasional Libya diketuai Khalifa Haftar yang melancarkan serangan di sini, bulan lalu menyeru angkatannya agar mengenakan pengajaran ‘lebih keras’ kepada tentera setia kepada kerajaan diiktiraf negara-negara antarabangsa.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Nasional Libya diketuai Khalifa Haftar yang melancarkan serangan di sini, bulan lalu menyeru angkatannya agar mengenakan pengajaran ‘lebih keras’ kepada tentera setia kepada kerajaan diiktiraf negara-negara antarabangsa.

Menurutnya, beliau menyeru serangan yang lebih kuat sebagai pengajaran kepada pihak lawan.

“Kami tahu anda boleh melakukannya... (dan) menewaskan mereka (angkatan lawan) demi negara tercinta ini,” jelasnya dalam mesej dibacakan jurucakap tentera, Jeneral Ahmad al-Mesmari kelmarin. - AFP