Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Isnin

6 Mei 2019

12:40:37 PTG
939760

A.S Hantar Kapal Perang Ke Timur Tengah Ketika Ketegangan Washington-Tehran Memuncak

Amerika Syarikat menghantar kapal pengangkut pesawat dan pasukan pengebom ke Timur Tengah dan menganggap tindakan itu sebagai sebuah mesej yang "jelas" kepada Republik Islam Iran, kata John Bolton yang merupakan penasihat keselamatan negara Amerika Syarikat di dalam pentadbiran Presiden Donald Trump.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Amerika Syarikat menghantar kapal pengangkut pesawat dan pasukan pengebom ke Timur Tengah dan menganggap tindakan itu sebagai sebuah mesej yang "jelas" kepada Republik Islam Iran, kata John Bolton yang merupakan penasihat keselamatan negara Amerika Syarikat di dalam pentadbiran Presiden Donald Trump.

"Amerika Syarikat telah mengerahkan kapal pengangkut pesaswat Abraham Lincoln dan pasukan pengebom ke wilayah di mana Centcom A.S beroperasi," kata Bolton dalam satu kenyataan pada hari Ahad.

Langkah itu, menurutnya, bertujuan untuk menghantar mesej "jelas" kepada Iran bahawa "apa-apa serangan ke atas kepentingan Amerika Syarikat atau terhadap sekutunya akan dijawab dengan kekuatan yang keras."

Bolton mendakwa bahawa keputusan itu merupakan sebuah "respon (Washington) kepada beberapa petunjuk dan amaran yang membimbangkan."

Beliau berkata A.S "tidak mahukan peperangang" dengan Iran. Akan tetapi, Washington secara mutlak "bersedia untuk bertindak balas terhadap sebarang bentuk serangan" dari Iran sama ada melalui proksi mereka atau Pengawal Revolusi Islam (IRGC) atau pasukan tentera Iran sendiri , kata Bolton dalam satu kenyataan.

Tindakan terkini A.S tersebut diambil selepas mereka berjanji untuk mengurangkan eksport minyak Iran ke angka sifar sekaligus menyebabkan Tehran memberi amaran bahawa mereka tidak akan membenarkan mana-mana negara lain untuk mengeksport minyak melalui Selat Hormuz jika Tehran sendiri tidak dapat menjual minyak mentahnya kepada dunia. -Press TV