Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Jumaat

10 Mei 2019

1:57:35 PTG
940497

AS Letak Syarat 'Menyerah Kalah', Bukannya Pelan Damai

Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki pada Khamis berkata, rancangan perdamaian Timur Tengah oleh Washington tidak menunjukkan keikhlasan sebenar Amerika Syarikat (AS) tetapi ia lebih kepada meletakkan "syarat menyerah kalah", lapor agensi berita Xinhua.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki pada Khamis berkata, rancangan perdamaian Timur Tengah oleh Washington tidak menunjukkan keikhlasan sebenar Amerika Syarikat (AS) tetapi ia lebih kepada meletakkan "syarat menyerah kalah", lapor agensi berita Xinhua.

"Kita tidak mahu terlibat dengan usaha damai seperti itu, tindak tanduk AS sukar diduga dan rancangan itu tidak layak untuk dipanggil sebagai pelan damai," kata al-Maliki pada mesyuarat majlis keselamatan di Dewan Arria.

"Sejauh ini semua petunjuk mencerminkan ia bukan rancangan perdamaian, tetapi lebih kepada meletakkan syarat supaya menyerah. Walau apa pun kita tidak akan mengaku kalah," katanya.

"AS sebelum ini mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan "berpura-pura" kononnya ia tidak akan memberikan implikasi kepada keamanan.

Tegas Al-Maliki hanya penyelesaian dua negara yang boleh membawa kepada keamanan berkekalan serta adil. - Bernama