Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Sabtu

11 Mei 2019

7:28:15 PTG
940719

Tiada Tanda Tentera Mahu Menyerahkan Kembali Kuasa Di Sudan

Pemerintahan tentera Sudan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk mengembalikan kuasa kepada pentadbiran awam dan perbincangan dengan pemimpin demonstrasi kekal buntu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemerintahan tentera Sudan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk mengembalikan kuasa kepada pentadbiran awam dan perbincangan dengan pemimpin demonstrasi kekal buntu.

Ribuan pemprotes kekal berhimpun di luar ibu pejabat tentera di sentral Khartoum berikrar untuk memaksa jeneral-jeneral menyerahkan kuasa sepertimana mereka menurunkan Presiden Omar al-Bashir.

Sebelum ini, para pemprotes berhimpun di lokasi sama untuk meminta bantuan tentera menamatkan pemerintahan kuku besi selama tiga dekad oleh Omar. - AFP