Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Sabtu

11 Mei 2019

7:40:15 PTG
940723

Rumah Putih Beri Nombor Presiden Trump, Mahu Iran Hubungi Beliau

Rumah Putih telah menghubungi kerjaan Switzerland untuk berkongsi nombor telefon mereka dengan Iran dengan harapan bahawa Tehran akan menghubungi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, lapor CNN.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rumah Putih telah menghubungi kerjaan Switzerland untuk berkongsi nombor telefon mereka dengan Iran dengan harapan bahawa Tehran akan menghubungi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, lapor CNN.

Rumah Putih pada hari Khamis menghubungi Switzerland; iaitu pada hari yang sama Presiden Trump secara terbuka menyeru Republik Islam Iran untuk menghubunginya di sebalik ketegangan yang semakin meningkat di kalangan kedua-dua buah negara tersebut , lapor saluran itu yang memetik sumber berkaitan.

Sumber itu, bagaimanapun, mengatakan Iran "sangat tidak mungkin" akan meminta nombor telefon berkaitan daripada pihak pentadbir Switzerland.

Kedutaan Switzerland mewakili kepentingan A.S di Tehran kerana Washington tidak mempunyai sama sekali tidak memiliki misi diplomatik ke Iran sejak tahun 1980.

Ketika Presiden Trump menyeru pihak berkaitan untuk berdialog, beliau sama sekali tidak menolak kemungkinan pentadbirannya akan mengambil tindakan ketenteraan terhadap Iran. -Press TV