Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Sabtu

1 Jun 2019

4:18:25 PTG
946101

Pembelaan Terhadap Quds Dituntut Fitrah, Agama Dan Nilai Kemanusiaan: Kamil Zuhairi

Ustaz Kamil Zuhairi berkata bahawa pembelaan terhadap Quds adalah sesuatu yang dituntut oleh fitrah, agama dan nilai kemanusiaan sejagat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ustaz Kamil Zuhairi berkata bahawa pembelaan terhadap Quds adalah sesuatu yang dituntut oleh fitrah, agama dan nilai kemanusiaan sejagat.

Beliau berkata sedemikian ketika berucap di hadapan hadirin yang hadir di Hauzah ar-Ridha pada malam Jumaat terakhir bulan Ramadhan. Jumaat terakhir bulan Ramadhan adalah hari di mana umat Islam di beberapa buah negara turun ke jalan raya untuk memprotes kezaliman yang berlaku di bumi Palestin dan hari itu dinamakan sebagai "Hari Quds Sedunia".

Di dalam ucapan itu, beliau turut merujuk kepada kata-kata Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Syed Ali Khamenei ketika menekankan peri pentingnya pembelaan terhadap al-Quds khususnya pada tahun ini dengan menyertai perhimpunan Hari Quds Sedunia.

Sokongan terhadap Hari Quds Sedunia pada tahun ini menurut beliau menjadi semakin penting berikutan konspirasi Washington terhadap al-Quds dengan percubaan mereka untuk membentangkan apa yang dikenali sebagai "Kesepakatan Abad Ini", kata beliau yang merujuk kepada ucapan Syed Ali Khamenei.

"Alasan semakin pentingnya isu ini disebabkan karena pengkhianatan Amerika dan para pengikutnya di rantau berkaitan, yang berusaha mewujudkan Kesepakatan Abad Ini."

Beliau di dalam kesempatan yang sama turut memberikan peringatan tentang bahaya "Kesepakatan Abad Ini" yang diusahakan oleh pentadbiran Washington dengan menyifatkan usaha itu sebagai percubaan "menggadai" Palestin.

Di akhir ucapannya, Kamil Zuhairi turut mengecam negara-negara Arab yang "mengikut dan bersekutu" dengan rejim Zionis Israel dan Amerika Syarikat dengan menyokong "Kesepakatan Abad Ini "bagi menggadai serta menjual Palestin dan al Quds kepada Zionis".

Demonstrasi "Hari Quds Sedunia" mula diperkenalkan oleh pemimpin revolusi Islam Iran, Marhum Ayatullah Ruhollah Khomeini dan setiap tahun turut disertai oleh kumpulan pro-Palestin di rantau itu dan di seluruh dunia termasuk Malaysia dan Indonesia.