Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Tasnim/ABNA24
Ahad

2 Jun 2019

3:18:19 PTG
946467

Keupayaan Pertahanan Iran Bukan Untuk Dirunding: Pegawai Kanan Tentera Iran

Seorang komander kanan dari Angkatan Tentera Republik Islam Iran sekali lagi memperingatkan pasukannya berhubung kegagalan usaha kuasa asing yang mahu memaksa Iran untuk duduk di meja rundingan serta berbincang berkenaan keupayaan pertahanannya. Beliau di dalam ucapannya merujuk kepada percubaan beberapa negara Barat termasuk Amerika Syarikat yang mahu Iran mengekang program pembangunan peluru berpandunya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang komander kanan dari Angkatan Tentera Republik Islam Iran sekali lagi memperingatkan pasukannya berhubung kegagalan usaha kuasa asing yang mahu memaksa Iran untuk duduk di meja rundingan serta berbincang berkenaan keupayaan pertahanannya. Beliau di dalam ucapannya merujuk kepada percubaan beberapa negara Barat termasuk Amerika Syarikat yang mahu Iran mengekang program pembangunan peluru berpandunya.

Bercakap kepada Tasnim pada hari Ahad, Timbalan Ketua Angkatan Tentera Iran, Laksamana Sayyari berkata bahawa mesej Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei baru-baru ini yang menolak sebarang bentuk rundingan dengan kuasa asing untuk mengekang keupayaan pertahanan dan peluru berpandu Iran adalah sesuatu yang sangat jelas.

"Kami (sekali lagi) mengumumkan secara jelas bahawa keupayaan pertahanan dan peluru berpandu Iran adalah perkara yang sama sekali tidak boleh dirunding," kata secara tegas sambil menambah bahawa "tiada siapapun yang akan menawarkan keupayaan pertahanan negara itu" untuk memperolehi sesuatu yang lain.

Ditanya mengenai kesanggupan Eropah untuk mengadakan rundingan baru dengan Iran dalam rangka untuk memperkukuhkan perjanjian nuklear tahun 2015, Sayyari berkata, "Eropah mungkin mempunyai banyak hasrat dan angan-angan. Akan tetapi, kami sama sekali tidak akan membiarkan mereka mencapai impian mereka untuk berunding dengan Iran dalam usaha untuk mengekang keupayaan peluru berpandu (memegang) negara ini."

Selari dengan ucapan Ayatullah Khamenei, Laksamana Sayyari turut serta mengecam rundingan dengan Amerika Syarikat dan menganggap perkara itu sebagai racun maut.

Dalam komen pada bulan lalu, Ayatullah Khamenei secara mutlak menolak sebarang idea untuk berunding dengan Amerika Syarikat dengan mengatakan bahawa "Rundingan (dengan Amerika Syarikat) adalah racun. Selagi A.S terus mengamalkan sikap yang sama - seperti yang pernah dikatakan oleh Imam (Khomeini), 'selagi mereka tidak bersikap seperti manusia'... perundingan kami dengan Amerika Syarikat adalah umpama racun, bahkan lebih dahsyat daripada itu dengan pentadbiran semasa (di Washington)."

Ayatullah Khamenei juga beberapa kali mengingatkan bangsa Iran bahawa keupayaan dan kuasa pertahanan Republik Islam itu sama sekali tidak akan tertakluk kepada rundingan.

"Kami tidak akan tawar-menawar dan berurusan dengan musuh berhubung keupayaan pertahanan negara dan perkara lain yang menyokong program pemerkasaan negara ini," kata pemimpin itu pada Oktober 2017. -Tasnim