Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Selasa

4 Jun 2019

4:01:57 PTG
947055

Imam Khomeini Kembalikan Kesegaran Islam

Iran pada hari ini berkabung sempena memperingati hari kewafatan Imam Khomeini yang merupakan pengasas kepada sistem Republik Islam di negara tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Iran pada hari ini berkabung sempena memperingati hari kewafatan Imam Khomeini yang merupakan pengasas kepada sistem Republik Islam di negara tersebut.

Imam Khomeini adalah seorang figur luar biasa pada zamannya yang berjaya menamatkan cengkaman politik Amerika Syarikat melalui kerajaan monarki yang disokong Washington di Tehran.

Bercakap dengan Press TV, Shabbir Hassanally, aktivis dan pengulas, serta Catherine Shakdam, pengarang dan pengulas, yang berasal dari London mengulas tentang pengaruh pemimpin itu di peringkat domestik dan persada.

Shabbir Hassanally berkata bahawa pencapaian terbesar Imam Khomeini adalah kejayaan beliau "menghidupkan kembali Islam" dan "membuktikan kepada semua orang - dengan Iran sebagai contoh- bahawa Islam memiliki sistem yang berdaya maju; sistem itu pada gilirannya mampu menjelmakan keadilan sosial."

Beliau berkata, "Apa yang dilakukan oleh Imam Khomeini adalah, beliau berjaya menyahsekular dan menghidupkan semula agama Islam sebagai sesuatu yang berdaya maju untuk mengubah dan menghapuskan rejim-rejim yang bersifat despotik dalam rangka mewujudkan keadilan sosial. Beliau pada hakikatnya telah meneruskan revolusi Nabi Muhammad (S.A.A.W) yang bermula pada 1,400 tahun yang lalu."

Imam Khomeini berjaya memperkenalkan Islam kepada dunia pada ketika agama itu kehilangan kesegarannya, kata penganalisis itu lagi.

Beliau berkata bahawa sebelum Revolusi Islam Iran, agama Islam semakin suram, bukan sahaja di Iran, tetapi di seluruh dunia. "Agama itu jatuh ke makam yang mana ia hanya diamalkan oleh orang-orang tua sahaja; (sesuatu) yang hanya diamalkan di masjid setiap sahaja. Ia tidak lagi memiliki nyala api yang berkobar-kobar, ia sudah tidak lagi bernyawa."

Aktivis itu turut membuat perbandingan di antara Revolusi Islam Iran dan 'Arab Spring' yang tercetus di beberapa negara serantau, dengan mengatakan bahawa masalah yang dihadapi oleh pergerakan kedua ialah ketiadaan pemimpin yang kuat di sebalik hakikat bahawa rakyat negara-negara itu sudahpun memiliki "alasan yang baik untuk membuang rantaian imperialisme... "

Menurut Hassanally, Imam Khomeini cukup mantap untuk memimpin gerakan popular di Iran dan membawa pergerakan itu ke puncaknya.

Sementara itu, panelis lain, Catherine Shakdam, mengatakan bahawa Imam Khomeini adalah seorang figut yang benar-benar "memahami Islam" dan oleh itu beliau mampu mempraktikkan agama itu ke atas seluruh dunia.

Imam Khomeini menubuhkan sistem Islam di Iran, satu sistem yang "universal", kata penulis.

"Dia berjaya meyakinkan orang bahawa pluralisme sebenarnya wujud dan pluralisme boleh wujud di dalam Islam dan Islam itu sendiri adalah sebuah sistem yang sah" tanpa perlu disekularkan, kata Shakdam.

Beliau menyatakan bahawa negara-negara di seluruh dunia, termasuk orang di Amerika Latin, Afrika, Asia, dan juga Rusia, boleh mendengar serta menyambut pesan Imam Khomeini yang mencari kebebasan dan menentang kezaliman.

"Dunia banyak berhutang dengan Imam Khomeini," kerana beliau bukan sahaja mengilhami mereka dalam proses melawan kezaliman, tetapi dalam masa yang sama, beliau turut menjadi faktor kenapa negara-negara dunia mula mengenal hak mereka untuk memiliki sistem pemerintahan mereka sendiri, katanya. -Press TV