Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Jumaat

7 Jun 2019

6:23:01 PTG
947886

PM Ethiopia Tiba Di Sudan, Misi Dialog Pemerintah Tentera Dan pemprotes

Perdana Menteri Ethiopoa, Abiy Ahmed tiba bagi mengembalikan dialog antara pemerintah tentera dan pemimpin protes Sudan selepas tindakan kekerasan dengan kerahan pasukan separa tentera yang dilakukan sebelum ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri Ethiopoa, Abiy Ahmed tiba bagi mengembalikan dialog antara pemerintah tentera dan pemimpin protes Sudan selepas tindakan kekerasan dengan kerahan pasukan separa tentera yang dilakukan sebelum ini.

Misi dibawa Abiy selepas Kesatuan Afrika menggantung keanggotaan Sudan sehingga tentera memberi laluan kepada peralihan kuasa awam.

Tindakan Kesatuan Afrika disokong oleh Kesatuan Eropah(EU) dengan kritikan terhadap tindakan pemerintah tentera pada Isnin lalu.

Sejak kejadian itu, penduduk Khartoum ketakutan dan kebanyakan kekal di dalam rumah menjadikan jalan-jalan lengang meskipun ketika cuti Hari Raya Aidilfitri. - AFP