Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Isnin

10 Jun 2019

5:44:33 PTG
949233

95 Terbunuh Diserang Lelaki Bersenjata

Sekurang-kurangnya 95 orang terbunuh apabila sekumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah kampung dekat sini, baru-baru ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekurang-kurangnya 95 orang terbunuh apabila sekumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah kampung dekat sini, baru-baru ini.

Insiden itu telah disahkan pihak berkuasa tempatan.

“Sebanyak 95 penduduk terbunuh. Mayat mereka dibakar dan kami meneruskan usaha mencari yang lain,” kata seorang jurucakap penguatkuasa.

Sumber terdekat memaklumkan serangan itu telah mengakibatkan kampung yang dikenali sebagai Dogon itu terjejas teruk.

Penyerang dikatakan masuk ke kampung tersebut, melepaskan tembakan rambang, menggeledah dan membakar kediaman.

Seramai 300 penduduk tinggal di kampung tersebut.

Serangan itu merupakan yang terbaru dalam siri keganasan di pusat Mali.- AFP