Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Khamis

13 Jun 2019

5:54:58 PTG
950565

Trump Tidak Layak Terima Maklum Balas: Khamenei Kepada Shinzo Abe

Pemimpin Revolusi Islam Ayatullah Syed Ali Khamenei menolak Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan menganggap beliau sebagai orang yang tidak layak menerima sebarang maklum balas ataupun mesej. Beliau turut menekankan bahawa perundingan dengan Washington tidak akan menyelesaikan sebarang masalah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Revolusi Islam Ayatullah Syed Ali Khamenei menolak Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan menganggap beliau sebagai orang yang tidak layak menerima sebarang maklum balas ataupun mesej. Beliau turut menekankan bahawa perundingan dengan Washington tidak akan menyelesaikan sebarang masalah.

Ayatullah Khamenei membuat kenyataan itu dalam pertemuan hari Khamis dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe. PM Jepun memaklumkan Pemimpin Tertinggi Iran beliau membawa mesej dari presiden Amerika Syarikat.

"Kami tidak mempunyai keraguan tentang muhibah dan kesungguhan anda (Jepun), tetapi mengenai apa yang anda sebutkan berhubung dengan presiden Amerika Syarikat, saya secara peribadi tidak menganggap Trump sebagai orang yang layak dihubungi...," kata Ayatullah Khamenei kepada Abe.

Pemimpin itu berkata Iran memiliki sebarang bentuk "kepercayaan" terhadap Amerika Syarikat dan sama sekali tidak akan "mengulangi pengalaman pahit" yang diperolehi mereka dari rundingan yang membawa kepada perjanjian nuklear 2015 di mana Washington kemudiannya meninggalkan kesepakatan itu secara unilateral.

"Iran turut serta dalam rundingan dengan A.S dan Eropah selama lima atau enam tahun sebelum tiba kepada natijah (yang disepakati). Walau bagaimanapun, pihak Amerika telah melanggar kesepakatan yang telah ditetapkan," kata pemimpin itu sambil menekankan bahawa tidak ada orang cerdik yang akan memasuki perundingan dengan negara yang telah menolak semua kesepakatan yang dipersetujui sebelumnya.

Ayatullah Khamenei kemudiannya menolak dakwaan Trump yang mengatakan bahawa beliau tidak ingin memaksakan perubahan rejim di Iran dan menganggapnya sebagai sebuah kebohongan sambil mengatakan bahawa jika presiden A.S mampu membawa perubahan sedemikian, dia pasti akan melakukannya. -Press TV