Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Jumaat

14 Jun 2019

6:30:02 PTG
950782

Tentera Sudan Mengaku Bubar Tunjuk Perasaan, Dakwa Kesilapan Berlaku

Majlis tentera Sudan semalam buat pertama kali mengaku membubarkan tunjuk perasaan di ibu negara ini yang menyaksikan lebih 100 orang terbunuh, awal bulan ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Majlis tentera Sudan semalam buat pertama kali mengaku membubarkan tunjuk perasaan di ibu negara ini yang menyaksikan lebih 100 orang terbunuh, awal bulan ini.

Selepas rundingan antara pemimpin penunjuk perasaan dan tentera gagal pada 3 Jun lalu, lelaki bersenjata dengan seragam tentera membubarkan kem tunjuk perasaan dalam operasi yang mengakibatkan sebanyak 120 orang maut,

“Majlis tentera memutuskan membuat satu rancangan untuk membubarkan tunjuk perasaan itu dan melaksanakannya.

“Namun kami kesan beberapa kesilapan berlaku,” kata jurucakap tentera, Shamseddine Kabbashi, semalam. - AFP