Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Jumaat

14 Jun 2019

6:35:19 PTG
950785

A.S Ancaman Serius Kepada Dunia: Presiden Rouhani

Presiden Republik Islam Iran, Hassan Rouhani mengatakan bahawa pentadbiran Trump adalah ancaman serius terhadap kestabilan di rantau Timur Tengah dan dunia secara keseluruhan sambil mendesak masyarakat antarabangsa untuk menentang pendekatan unilateralisme yang dilaksanakan oleh Washington.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Republik Islam Iran, Hassan Rouhani mengatakan bahawa pentadbiran Trump adalah ancaman serius terhadap kestabilan di rantau Timur Tengah dan dunia secara keseluruhan sambil mendesak masyarakat antarabangsa untuk menentang pendekatan unilateralisme yang dilaksanakan oleh Washington.

"Sepanjang dua tahun yang lalu, kerajaan Amerika Syarikat telah menggunakan kekuatan ekonomi, kewangan dan ketenteraan mereka dalam mengamalkan pendekatan yang agresif untuk mengganggu semua struktur dan peraturan antarabangsa," kata Rouhani pada hari Jumaat.

Perkara ini telah menjadikan pentadbiran Amerika Syarikat sebagai sebuah "ancaman serius bagi kestabilan rantau (Timur Tengah) dan dunia (secara keseluruhan)", katanya.

Beliau dipetik bercakap sedemikian di dalam mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO)- sebuah kesepakatan keselamatan Eurasia yang turut merangkumi China, India dan Rusia - di Bishkek, ibu negara negara Kyrgyzstan.

"Republik Islam Iran percaya bahawa pada hari ini, masyarakat antarabangsa menghadapi cabaran yang lebih daripada(zaman) sebelumnya dengan isu unilateralisme dan masalah kompleks dunia yang lain, khususnya isu keganasan, ekstremisme dan pengedaran dadah. (Kesemua cabaran ini) telah menjadikan multilateralisme sebagai sebuah keperluan," tambah Rouhani. -Press TV