Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Ahad

23 Jun 2019

7:01:05 PTG
954160

Ketua Staf Tentera Ethiopia, Presiden Wilayah Amhara Dan Penasihat Tinggi Dibunuh

Ketua Staf Tentera Ethiopia, Seare Mekonnen ditembak mati disamping Presiden Wilayah Amhara dan penasihat tinggi dibunuh ketika cubaan menggulingkan kerajaan di sini, semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ketua Staf Tentera Ethiopia, Seare Mekonnen ditembak mati disamping Presiden Wilayah Amhara dan penasihat tinggi dibunuh ketika cubaan menggulingkan kerajaan di sini, semalam.

Jurucakap Perdana Menteri Abiy Ahmed, Billene Seyoum berkata, ‘skuad pembunuh’ diketuai Ketua Keselamatan Amhara, Asaminew Tsige menyerbu mesyuarat tengah hari semalam sebelum menembak Presiden Wilayah, Ambachew Mekonnen dan seorang penasihat tinggi.

“Selang beberapa jam kemudian, serangan yang dilihat terancang menyaksikan Seare dibunuh bersama seorang bekas jeneral di rumah oleh pengawalnya sendiri,” katanya. - AFP