Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Isnin

24 Jun 2019

6:00:01 PTG
954551

Tembakan Dilepaskan Pada Masjid Di Ceuta, Sepanyol

Dua orang bertopeng yang menaiki motosikal melepaskan tembakan ke masjid di wilayah Sepanyol, Ceuta pada pantai utara Afrika.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Dua orang bertopeng yang menaiki motosikal melepaskan tembakan ke masjid di wilayah Sepanyol, Ceuta pada pantai utara Afrika.

Jurucakap wakil kerajaan pusat Sepanyol di Ceuta berkata, tiada orang yang cedera dalam serangan yang berlaku pada awal pagi tadi.

“Tiga peluru mengenai Masjid Muley el Mehdi berkenaan.

“Ketika kejadian terdapat beberapa jemaah di dalam masjid itu,” katanya kepada AFP.