Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Myanmar dan kumpulan pemberontak didakwa telah melakukan satu lagi pencabulan hak kemanusiaan terhadap penduduk di sekitar negeri-negeri sebelah barat Myanmar.
Channel News Asia melaporkan dakwaan itu dibuat oleh badan siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.
Namun kerajaan Myanmar menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan pasukan tenteranya hanya bertindak memerangi pergerakan militan Rohingya di Utara Rakhine.
Tentera Myanmar bertempur dengan pemberontak etnik di Rakhine dan Chin. Arakan merupakan kumpulan pemberontak yang menuntut kuasa autonomi bagi kedua-dua negeri berkenaan.- AGENSI
source : Utusan
Rabu
3 Julai 2019
2:40:20 PTG
957590
Tentera Myanmar dan kumpulan pemberontak didakwa telah melakukan satu lagi pencabulan hak kemanusiaan terhadap penduduk di sekitar negeri-negeri sebelah barat Myanmar.