Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Selasa

9 Julai 2019

3:38:47 PTG
959335

Bolton Dan Netanyahu Pancing Trump Untuk Tinggalkan JCPOA

Menteri Luar Republik Islam Iran, Mohammad Javad Zarif berkata bahawa penasihat keselamatan kebangsaan Amerika Syarikat dan Perdana Menteri Israel mempromosikan "khayalan" mereka untuk memaksa Iran menurunkan kadar pengayaan uraniumnya ke angka "sifar" dan dalam masa yang sama berusaha untuk meyakinkan Presiden Amerika Syarikat untuk meninggalkan perjanjian nuklear tahun 2015 yang ditandatangani di antara Tehran dan negara-negara lain (termasuk Washington).

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Republik Islam Iran, Mohammad Javad Zarif berkata bahawa penasihat keselamatan kebangsaan Amerika Syarikat dan Perdana Menteri Israel mempromosikan "khayalan" mereka untuk memaksa Iran menurunkan kadar pengayaan uraniumnya ke angka "sifar" dan dalam masa yang sama berusaha untuk meyakinkan Presiden Amerika Syarikat untuk meninggalkan perjanjian nuklear tahun 2015 yang ditandatangani di antara Tehran dan negara-negara lain (termasuk Washington).

John Bolton dan Benjamin Netanyahu pada tahun 2005 telah bertindak berdasarkan "khayalan" yang sama untuk mensabotaj perjanjian nuklear yang telah disepakati di antara Iran dengan Britain, Perancis serta Jerman di Vienna setahun sebelum itu, tulis Zarif di laman twitter-nya pada hari Selasa.

"Bolton & Netanyahu menggagalkan perjanjian Paris yang disepakati di antara kumpulan E3 & Iran pada tahun 2005 dengan menetapkan kadar pengayaan sifar," tulisnya.

Di bawah perjanjian itu, pihak Eropah telah menawarkan insentif politik, perdagangan, dan nuklear sebagai pertukaran bagi penggantungan sukarela dan sementara Tehran ke atas program pengayaan uranium mereka.

Zarif juga mengisahkan bagaimana usaha duo anti-Iran itu kembali menghantui mereka di sebalik kejayaan awal dalam menggagalkan perjanjian tahun 2005 tersebut. "Apa Natijahnya? (Natijahnya) Iran telah meningkatkan pengayaan (uranium)nya sebanyak 100 kali ganda menjelang 2012," kata ketua diplomat Iran itu lagi.

"Kini, mereka telah memancing [Presiden Amerika Syarikat] Donald Trump untuk menggagalkan JCPOA dengan khayalan yang sama," katanya, merujuk kepada perjanjian nuklear tahun 2015.

Perjanjian kedua itu disepakati di antara kumpulan P5 + 1 (iaitu Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Rusia, China serta Jerman) dengan Iran dan ditandatangani di ibu negara Austria pada bulan Julai tahun 2015. Perjanjian itu secara rasminya dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA).

Walau bagaimanapun, Amerika Syarikat kemudiannya meninggalkan JCPOA pada tahun lepas dan mengembalikan semula sekatan berkaitan dengan program nuklear Iran yang sebelum itu telah dibatalkan di bawah perjanjian itu.

Bercakap kepada Fox News pada bulan April, Zarif menegaskan bahawa peranan utama yang dimainkan oleh Bolton serta Netanyahu untuk mengembalikan semula tekanan ke atas Republik Islam merupakan sebahagian daripada usaha kumpulan yang dikenali sebagai "B-Team" berempat.

Kumpulan itu, selain daripada Bolton dan Netanyahu juga terdiri daripada Putera Mahkota Saudi, Mohammed bin Salman dan Putera Mahkota Abu Dhabi, Mohammed bin Zayed Al Nahyan.

Beliau telah, dalam beberapa kesempatan turut mengecam empat individu tersebut yang menurutnya cuba melancarkan "keganasan ekonomi" ke atas Iran dengan memobilisasikan beberapa instrumen ekonomi -yang tidak sah- terhadap Republik Islam.

"B-Team tidak belajar. TETAPI DUNIA SEPATUTNYA (TELAH BELAJAR)," simpul Zarif.

Pada bulan Mei lepas, Iran mula memulakan satu set langkah untuk bertindak balas terhadap tindakan A.S meninggalkan JCPOA dan keengganan rakan-rakan Eropah untuk menjamin kepentingan perniagaan Tehran di bawah perjanjian itu.

Langkah-langkah itu telah menyaksikan Tehran melepasi paras 3.67 peratus yang ditetapkan oleh JCPOA ke atas tahap pengayaan uraniumnya. -PRESS TV