Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Selasa

9 Julai 2019

3:51:47 PTG
959339

Tindakan Haram Britain Rampas Kapal Iran Akan Dijawab: Jeneral Iran

Panglima tertinggi pasukan tentera Republik Islam Iran memberi amaran bahawa tindakan Britain menyita kapal tangki minyak Iran di Selat Gibraltar -yang tidak sah secara undang-undang- tidak akan dibiarkan begitu sahaja oleh Tehran tanpa sebarang "jawaban."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Panglima tertinggi pasukan tentera Republik Islam Iran memberi amaran bahawa tindakan Britain menyita kapal tangki minyak Iran di Selat Gibraltar -yang tidak sah secara undang-undang- tidak akan dibiarkan begitu sahaja oleh Tehran tanpa sebarang "jawaban."

"Penyitaan kapal tangki minyak Iran tidak akan dibiarkan tanpa sebarang jawaban dan Tehran akan memberikan respon maksimum kepada [tindakan tercela Britain] pada waktu dan tempat yang sesuai apabila dirasakan perlu," kata Ketua Staf Angkatan Bersenjata Iran, Mejar Mohammad Baqeri kata pada hari Selasa.

Polis Gibraltar dan agensi kastam yang dibantu oleh pasukan Marin Diraja Britain, menyita kapal tangki yang dikenali sebagai Iran Grace 1 di Selat Gibraltar pada minggu lepas, di atas permintaan Amerika Syarikat.

Kementerian Luar Iran memanggil duta besar Britain ke negara itu untuk menyatakan protes kerasnya ke atas perkembangan tersebut.

Di Kementerian Luar Negera, Rob Macaire diberitahu bahawa tindakan Pasukan Marin Diraja Britain itu sama dengan "aktiviti pelanunan" dan Britain harus melepaskan kapal tangki minyak itu sesegera yang mungkin.

Baqeri juga menekankan bahawa Republik Islam Iran akan menggembelingkan semua kemampuan politik dan undang-undangnya untuk memastikan pembebasan kapal tersebut dan dalam masa yang sama menuntut hak Tehran.

Sepanyol, yang mencabar pemilikan Britain ke atas Gibraltar, berkata bahawa tindakan itu dilakukan di atas permintaan Amerika Syarikat kepada Britain. Menurut mereka juga, tindakan itu kelihatan dilancarkan di dalam kawasan perairan Sepanyol.

Para pakar percaya bahawa langkah yang diambil oleh kerajaan Britain untuk merampas kapal tangki Iran secara haram itu boleh mendatangkan akibat serius kepada kerajaan di London.

Mohsen Rezaei, setiausaha Majlis Kesejahteraan Iran, menyeru penyitaan kapal tangki minyak Britain sekiranya London enggan melepaskan kapal Iran tersebut. -PRESS TV