Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Khamis

11 Julai 2019

2:49:59 PTG
960136

A.S Bakal Tahan Ribuan Pendatang Tanpa Izin

Pihak berkuasa Amerika Syarikat (A.S) dilaporkan akan mula menahan ribuan pendatang tanpa izin dan anggota keluarga mereka di 10 bandar raya negara itu dalam rangka memenuhi pendirian tegas Presiden Donald Trump berhubung isu imigrasi yang dijangka akan menjadi isu utama di dalam kempen pemilihan semula beliau pada tahun 2020.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (A.S) dilaporkan akan mula menahan ribuan pendatang tanpa izin dan anggota keluarga mereka di 10 bandar raya negara itu dalam rangka memenuhi pendirian tegas Presiden Donald Trump berhubung isu imigrasi yang dijangka akan menjadi isu utama di dalam kempen pemilihan semula beliau pada tahun 2020.

Operasi itu dilaporkan akan dilancarkan oleh agen Imigresen dan Penguatkuasaan Kastam A.S (ICE) selama beberapa hari mulai pada hari Ahad ini, lapor New York Times pada hari Khamis, dengan menyebut sumber-sumber pentadbiran yang tidak dinamakan.

Para pegawai yang tidak dinamakan itu memberitahu akhbar tersebut bahawa ejen ICE akan menyasarkan sekurang-kurangnya 2,000 ahli keluarga pendatang tanpa izin yang telah diarahkan dihantar pulang tetapi tetap berada di negara ini secara haram.

Pegawai ICE pada bulan lalu turut berkata bahawa operasi tersebut akan merangkumi para pendatang tanpa izin yang baru tiba dalam usaha untuk menghalang kebanjiran warga Amerika Tengah yang melintasi sempadan A.S-Mexico kebelakangan.

Trump berkata pada 5 Julai lepas berkata bahawa operasi pengusiran besar-besaran akan bermula "tidak lama lagi." Beliau menangguhkan operasi sedemikian pada bulan lepas selepas tarikh itu diketahui umumm. Akan tetapi, beliau pada minggu lalu mengatakan bahawa operasi tersebut akan dilancarkan selepas 4 Julai.

Para penyokong kumpulan imigran pula berikrar bahawa komuniti mereka akan "bersiap-sedia" apabila pegawai imigresen A.S tiba untuk memulakan operasi tersebut.

"Mereka melancarkan operasi ini tidak lama lagi. Akan tetapi, saya tidak memanggil operasi ini sebagai serbuan, kami sekadar ingin memindahkan mereka, (mereka iaitu) semua individu yang telah datang (ke negara A.S) selama ini secara haram," kata Trump kepada pemberita di Gedung Putih pada hari Jumaat lepas. -PRESS TV