Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Khamis

11 Julai 2019

3:36:26 PTG
960148

UK Dan A.S Akan Segera Kesali Tindakan Rampas Kapal Iran

Pemerintah kedua pasukan Pengawal Revolusi Republik Islam Iran (IRGC) memberi amaran bahawa United Kingdom dan Amerika Syarikat akan segera menyesali tindakan mereka merampas kapal tangki minyak Iran baru-baru ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemerintah kedua pasukan Pengawal Revolusi Republik Islam Iran (IRGC) memberi amaran bahawa United Kingdom dan Amerika Syarikat akan segera menyesali tindakan mereka merampas kapal tangki minyak Iran baru-baru ini.

Bercakap dari wilayah Isfahan pada tengah hari ini, Laksamana Muda, Ali Fadavi mengecam tindakan perampasan kapal tangki yang membawa minyak Iran sebagai tindakan yang tidak memiliki sebarang nilai. Beliau berkata, "Musuh tidak akan melakukan perkara sedemikian jika mereka memiliki keberanian untuk memilih tindakan yang lain."

Beliau juga mengingatkan hadirin bahawa bahawa kapal itu telah dipajak oleh Iran bagi tujuan pengangkutan semata-mata.

"Mereka [Amerika Syarikat dan UK], walau bagaimanapun telah memilih langkah sedemikian (perampasan kapal tangki), dan akan segera menyesali tindakan tersebut," tambah komandan itu.

Grace 1 telah diserang dan dirampas oleh pasukan marin British di Selat Gibraltar pada minggu lepas. Mereka mendakwa bahawa kapal tangki itu membawa minyak mentah Iran ke Syria dan perkara itu mungkin melanggar sekatan Kesatuan Eropah terhadap negara Arab yang dilanda perang tersebut.

Pada hari Rabu, Presiden Hassan Rouhani juga memberi amaran kepada UK berhubung tindakan "akibat" rampasan itu. "Saya mengingatkan perkara[ini] kepada pihak Britain," katanya memberi amaran, "Anda adalah orang yang memulakan ketidakamanan, dan akan menyedari akibatnya di masa depan."

Laporan juga mengatakan bahawa Britain melakukan tindakan seperti itu di bawah permintaan Amerika Syarikat. -PRESS TV