Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Ahad

14 Julai 2019

3:13:07 PTG
960944

Polis Lepas Gas Pemedih Mata Lerai Penunjuk Perasaan Di Perancis

Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang melakukan demonstrasi selepas acara perbarisan tentera sempena sambutan Hari Bastille.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang melakukan demonstrasi selepas acara perbarisan tentera sempena sambutan Hari Bastille.

Sekumpulan penunjuk perasaan melakukan kekecohan dengan melaungkan slogan anti kerajaan, memusnahkan penghadang keselamatan dan melakukan pembakaran terbuka.

Perancis berdepan kemelut sejak hujung tahun lepas selepas gerakan ves kuning membuat tunjuk perasaan menentang pentadbiran Presiden, Emmanuel Macron.

Kekacauan yang tercetus hari ini dikatakan yang terburuk sejak Mac lalu.-AGENSI