Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Ahad

14 Julai 2019

3:26:02 PTG
960950

A.S Gagal Dalam Semua Tindakannya Terhadap Iran: Rouhani

Presiden Republik Islam Iran, Hassan Rouhani berkata bahawa Amerika Syarikat telah menemui kegagalan di dalam setiap tindakan yang diambilnya terhadap Iran.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Republik Islam Iran, Hassan Rouhani berkata bahawa Amerika Syarikat telah menemui kegagalan di dalam setiap tindakan yang diambilnya terhadap Iran.

Presiden Rouhani memberitahu warga awam di bandar timur laut Shirvan yang terletak di wilayah Khorasan Utara, pada hari Ahad bahawa setiap langkah yang telah diambil Washington dalam rangka mengekang Iran, termasuk tindakan "yang (disifatkan mereka sendiri sebagai yang) paling ketat" telah menemui kegagalan.

"Sudah 14 bulan berlalu di mana kuasa ekonomi dan ketenteraan yang terbesar di dunia telah mengenakan sekatan (yang mereka sifatkan sebagai yang) paling keras terhadap negara Iran, sekatan yang (dengan mudah) akan menghancurkan negara lain," kata Presiden Iran. "Akan tetapi, bangsa Islam Iran yang berani, berhati-hati dan tahan lasak telah berjaya berhadapan dengan sekatan tersebut sepanjang tempoh ini."

"Apa sahaja laluan yang diambil oleh Amerika Syarikat- sama ada (tindakan) sosial, politik, dan undang-undang - telah membawa mereka ke arah kegagalan," kata Presiden Rouhani.

Beliau menukilkan pertemuan baru-baru ini di antara Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), di mana Amerika Syarikat sekali lagi gagal memajukan agendanya jahatnya terhadap Iran.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada tahun leoas telah secara sepihak menarik keluar negaranya daripada perjanjian nuklear tahun 2015 dengan Iran dan mula mengenakan apa yang disebut sebagai "sekatan" yang paling keras terhadap Tehran. Sekatan itu secara khusus menyasarkan sektor tenaga negara Timur Tengah tersebut. -PRESS TV