Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pasukan separa tentera Sudan didakwa memukul dan menyeksa sehingga mati seorang penduduk di sebuah pekan dekat Darfur.
Jawatankuasa doktor berkaitan pergerakan protes berkata, kematian penduduk itu berlaku semalam di El-Daen, negeri Darfur Timur selepas anggota Pasukan Sokongan Cepat (RSF) bertempur dengan seorang belia yang didakwa mencuri sebuah telefon bimbit.
“Anggota milita RSF memukul dan menyeksa beberapa orang belia atas dakwaan mereka mencuri sebuah telefon bimbit.
“Seorang remaja meninggal dunia akibat diseksa RSF,” kata jawatankuasa itu dalam hantaran Facebook mereka. - AFP
16 Julai 2019 - 18:25
News ID: 961867

Pasukan separa tentera Sudan didakwa memukul dan menyeksa sehingga mati seorang penduduk di sebuah pekan dekat Darfur.