Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Selasa

16 Julai 2019

6:40:08 PTG
961868

Iran TIdak Akan Diam Dengan Jenayah Pelanunan Britain: Ayatullah Khamenei

Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatulah Seyyed Ali Khamenei mengecam tindakan Britain yang merampas kapal tangki minyak Iran sambil memberi amaran bahawa tindakan "pelanunan" tersebut tidak dibiarkan bergitu sahaja tanpa sebarang respon yang sesuai.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatulah Seyyed Ali Khamenei mengecam tindakan Britain yang merampas kapal tangki minyak Iran sambil memberi amaran bahawa tindakan "pelanunan" tersebut tidak dibiarkan bergitu sahaja tanpa sebarang respon yang sesuai.

Pemimpin Tertinggi Iran tersebut merujuk kepada insiden rampasan kapal tangki minyak yang dipanggil sebagai "Grace 1" di perairan Gibraltar awal bulan ini oleh pihak marin Britain atas dakwaan bahawa kapal itu disyaki membawa minyak mentah ke Syria sekaligus melanggar larangan unilateral Kesatuan Eropah ke atas negara Arab itu.

Laporan walau bagaimanapun menunjukkan bahawa tindakan rampasan itu dibuat atas permintaan Amerika Syarikat yang giat dalam percubaan mereka untuk membawa eksport minyak Iran ke angka "sifar."

A.S berusaha untuk melumpuhkan eksport minyak Iran dalam rangka untuk meningkatkan tekanan mereka ke atas pentadbiran Tehran.

"(Pihak) Britain yang licik melaksanakan pelanunan maritim dan mencuri kapal kami," kata Ayatollah Khamenei. "Mereka (pihak Britain) telah melakukan jenayah ini dan (berusaha) untuk menjadikan perkara itu kelihatan sah (di mata undang-undang)."

"Republik Islam (Iran) dan elemen-elemen yang setia dalam pentadbiran ini tidak akan membiarkan jenayah ini tanpa sebarang respin dan (kami) akan menjawabnya pada waktu dan tempat yang sesuai," tambah beliau di yang berucap di hadapan hadirin di Tehran. -PRESS TV