Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Rabu

17 Julai 2019

5:37:09 PTG
962161

Perjanjian Perkongsian Kuasa, Tentera Dan Penunjuk Perasaan Sudan

Penunjuk perasaan Sudan dan pemerintah jeneral hari ini mencapai perjanjian perkongsian kuasa bagi mengembalikan pentadbiran awam di negara.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Penunjuk perasaan Sudan dan pemerintah jeneral hari ini mencapai perjanjian perkongsian kuasa bagi mengembalikan pentadbiran awam di negara.

Timbalan Ketua Majlis Tentera, Jeneral Mohamed Hamdan Dagalo berkata, perjanjian tersebut merupakan ‘detik bersejarah’ bagi Sudan.

“Ia ‘membuka lembaran baharu dan perjanjian era perkongsian antara angkatan tentera, RSF (Rapid Support Forces) dan pemimpin-pemimpin revolusi Sudan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani perjanjian itu mewakili jeneral-jeneral di sini, hari ini.

Perjanjian perkongsian kuasa itu dipersetujui secara prinsip pada 5 Julai lalu telah dibawa oleh Kesatuan Afrika dan pengantara oleh Ethiopia.

Badan pemerintah nanti terdiri daripada enam wakil awam dan lima tentera. - AFP