Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Jumaat

19 Julai 2019

5:40:39 PTG
962552

IRGC Keluarkan Rakaman Sangkal Dakwaan A.S

Pasukan Pengawal Revolusi Republik Islam Iran (IRGC) telah mengeluarkan rakaman yang diambil melalui sebuah dron yang terbang di Selat Hormuz ketika operasi pemantuaun ke atas sebuah kapal tentera milik Amerika Syarikat. Rakaman itu sekaligus mematahkan dakwaan Washington yang sebelum ini berkata bahawa tentera mereka telah menembak jatuh sebuah dron di kawasan tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pasukan Pengawal Revolusi Republik Islam Iran (IRGC) telah mengeluarkan rakaman yang diambil melalui sebuah dron yang terbang di Selat Hormuz ketika operasi pemantuaun ke atas sebuah kapal tentera milik Amerika Syarikat. Rakaman itu sekaligus mematahkan dakwaan Washington yang sebelum ini berkata bahawa tentera mereka telah menembak jatuh sebuah dron di kawasan tersebut.

Jabatan Perhubungan Awam IRGC pada hari Jumaat berkata bahawa rakaman itu disiarkan dengan tujuan untuk mendedahkan "pembohongan" yang dilakukan oleh Washington.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada hari Khamis mendakwa bahawa dron tersebut telah ditembak jatuh selepas ia terbang ke di dalam julat 900 meter dari kapal penyerang amfibia bernama USS Boxer.

Menurut Washington dron tersebut ditembak selepas kegagalan pengoperasinya untuk mematuhi amaran berulang-kali yang dikeluarkan oleh pihak mereka.

Ketegangan di Teluk Parsi pada kebelakangan ini mencapai tahap yang kritikal berikutan beberapa pertembungan di antara Iran dan Amerika Syarikat. Iran sebelum ini menembak jatuh sebuah dron yang dioperasikan oleh Pentagon di Teluk Parsi. Tehran mendakwa bahawa dron itu beroperasi secara haram di wilayahnya.

Rampasan kapal tangki yang membawa minyak Iran di Gibraltar oleh tentera British di Gibraltar turut menjadikan situasi di Teluk Parsi menjadi lebih keruh. Menurut laporan, Britain melaksanakan operasi itu di atas permintaan Washington. -PRESS TV