Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Sabtu

20 Julai 2019

6:16:55 PTG
962969

Iran Tahan Kapal Britain Untuk Tegakkan Undang-Undang Maritim Antarabangsa

Menteri Luar Republik Islam Iran, Mohammad Javad Zarif mempertahankan tindakan Tehran yang menahan kapal tangki minyak yang dioperasikan oleh Britain di Selat Hormuz sambil mengatakan bahawa langkah diambil bagi "menguatkuasakan peraturan maritim antarabangsa."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Republik Islam Iran, Mohammad Javad Zarif mempertahankan tindakan Tehran yang menahan kapal tangki minyak yang dioperasikan oleh Britain di Selat Hormuz sambil mengatakan bahawa langkah diambil bagi "menguatkuasakan peraturan maritim antarabangsa."

Dalam tweet beliau pada hari Sabtu, Zarif menekankan bahawa "Iran (adalah salah satu entiti yang bertanggungjawab) dalam menjamin keamanan Teluk Parsi dan Selat Hormuz."

"Tidak seperti tindakan pelanunan di Selat Gibraltar, tindakan kami di Teluk Parsi diambil untuk menegakkan peraturan maritim antarabangsa," tweet Zarif.

Kenyataan itu merujuk kepada kapal tangki Stena Impero, yang dioperasikan oleh Britain. Kapal itu ditahan oleh Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) pada hari Jumaat ketika melalui Selat Hormuz dalam perjalanan menuju ke Arab Saudi. Penahanan itu dibuat atas sebab "kegagalan (mereka) menghormati peraturan maritim antarabangsa."

Tindakan IRGC untuk menahan kapal Stena Impero dibuat beberapa hari selepas pasukan tentera laut Britain secara haram merampas kapal tangki minyak milik Iran, Grace 1 dan kargonya yang berisi 2.1 juta tong minyak di Selat Gibraltar dengan alasan bahawa kapal itu disyaki membawa minyak mentah ke Syria sekaligus melanggar sekatan unilateral Kesatuan Eropah terhadap negara Arab tersebut.

Walau bagaimanapun, laporan lain menunjukkan bahawa rampasan itu dibuat selepas pihak Britain menerima permintaan daripada Amerika Syarikat.

Tehran telah mengutuk rampasan itu dan melabelnya sebagai aktiviti "pelanunan maritim," dan memberi amaran bahawa tindakan itu tidak akan dibiarkan tanpa sebarang respon. Ia juga menolak dakwaan London bahawa kapalnya sedang menuju ke Syria. -PRESS TV