Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Ahad

21 Julai 2019

1:09:53 PTG
963185

Duta Iran Beri Amaran Kepada London Untuk Hentikan Provokasi Susulan

Duta Republik Islam Iran ke United Kingdom telah memberi amaran kepada London berhubung sebarang bentuk provokasi susulan yang mungkin akan diambil oleh Britain. Kenyataan itu dibuat selepas beberapa laporan yang menyatakan bahawa kerajaan British sedang mengkaji tindakan membekukan aset Iran dan langkah-langkah lain tersebar. Kedua-dua negara tersebut sedang bertelagah di antara satu sama lain berhubung insiden penyitaan kapal tangki.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Duta Republik Islam Iran ke United Kingdom telah memberi amaran kepada London berhubung sebarang bentuk provokasi susulan yang mungkin akan diambil oleh Britain. Kenyataan itu dibuat selepas beberapa laporan yang menyatakan bahawa kerajaan British sedang mengkaji tindakan membekukan aset Iran dan langkah-langkah lain tersebar. Kedua-dua negara tersebut sedang bertelagah di antara satu sama lain berhubung insiden penyitaan kapal tangki.

"Kerajaan Britain sepatutnya cuba menghadkan elemen politik domestik yang ingin meningkatkan ketegangan sedia ada di antara Iran dan Britain -selain daripada isu kapal-," kata Hamid Baeidinejad pada hari Ahad. "Perkara ini amat berbahaya dan sama sekali tidak bijak pada masa yang sangat sensitif di rantau ini."

Namun, beliau menambah bahawa Iran tetap "tegas dan bersedia untuk (berhadapan dengan) senario yang berbeza."

Pihak Britain sebelum ini telah merampas kapal tangki minyak Iran kerana didakwa melanggar sekatan sehala Kesatuan Eropah (EU). Tidak lama selepas itu, Republik Islam Iran pula telah menahan kapal tangki British "kerana kegagalan (mereka) menghormati peraturan maritim antarabangsa."

Pada 4 Julai lepas, angkatan tentera British di Selat Gibraltar telah menyita kapal tangki minyak Grace 1 di atas dakwaan bahawa ia sedang membawa minyak Iran ke Syria sekaligus melanggar sekatan unilateral EU ke atas negara Arab tersebut.

Tehran dengan keras menafikan bahawa kapal tangki itu sedang menuju ke Syria dan mereka juga melabel tindakan rampasan itu sebagai "pelanunan maritim".

Beberapa pegawai Iran termasuk kemudiannya memberi amaran bahawa tindakan rampasan itu pasti akan "dijawab" oleh Tehran.

Sepanyol kemudiannya berkata bahawa Britain telah mengambil tindakan itu di atas permintaan Amerika Syarikat. -PRESS TV