Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Ahad

21 Julai 2019

1:22:35 PTG
963189

Kapal Tangki Iran Ditahan Arab Saudi Dilepaskan

Sebuah kapal tangki Iran yang disita Arab Saudi telah dilepaskan hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah kapal tangki Iran yang disita di Arab Saudi sejak dua bulan lepas telah dilepaskan pada hari ini bersama dengan keseluruhan petugas yang berada di dalamnya.

Lapor Agensi Berita Negara IRNA, Menteri Pengangkutan, Mohammad Eslami berkata, kapal tangki Happiness 1 tersebut ‘telah dilepaskan berikutan rundingan dan kini bergerak ke arah perairan Teluk Parsi’.

Pada 2 Mei lepas, Arab Saudi mengumumkan bahawa pasukan pengawal pantainya telah menyelamatkan kapal tangki minyak Iran yang mengalami masalah teknikal. Kapal yang dikendali oleh 26 petugas itu diselamatkan di pantai pelabuhan Laut Merah, Jeddah, selepas ia menghadapi "kegagalan enjin dan kehilangan kawalan."

Menurut pegawai Iran, insiden itu berlaku pada 30 April ketika Happiness 1 sedang dalam perjalanan menuju je Terusan Suez. Ketika itulah kebocoran berlaku dan air mula memasuki bilik enjinnya.