Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Ahad

21 Julai 2019

1:43:16 PTG
963192

Gagal Heret Trump Berperang Dengan Iran, Bolton Tarik UK Dalam Kekacauan: Javad Zarif

Menteri Luar Republik Islam Iran, Mohammad Javad Zarif berkata bahawa "B-Team" kini sedang berusaha menyeret UK ke dalam kekacauan dengan mencipta konfrontasi di antara Tehran dan London berhubung sebuah kapal tangki kelolaan British yang dirampas di Teluk Parsi. Perkara itu dilakukan oleh B-Team selepas gagal menarik Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk berperang dengan Iran,

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Republik Islam Iran, Mohammad Javad Zarif berkata bahawa "B-Team" kini sedang berusaha menyeret UK ke dalam kekacauan dengan mencipta konfrontasi di antara Tehran dan London berhubung sebuah kapal tangki kelolaan British yang dirampas di Teluk Parsi. Perkara itu dilakukan oleh B-Team selepas gagal menarik Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk berperang dengan Iran,

Kumpulan "hawkish" yang disebut sebagai "B-Team" oleh Menteri Luar Iran terdiri daripada Penasihat Keselamatan Negara A.S -John Bolton, Perdana Menteri Israel -Benjamin Netanyahu, Putera Mahkota Saudi -Mohammed bin Salman dan Putera Mahkota Abu Dhabi -Mohammed bin Zayed Al Nahyan.

Pada hari Jumaat lepas, Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) membuat kenyataan bahawa mereka telah menahan sebuah kapal tangki minyak British kerana melanggar undang-undang maritim antarabangsa ketika melintasi Selat Hormuz.

Pasukan elit itu kemudiannya menarik kapal ke pelabuhan Bandar Abbas untuk pemeriksaan maritim.

Merujuk kepada perkembangan ini dan juga insiden penembakan jatuh dron Amerika Syarikat oleh IRGC di ruang udara Teluk Parsi, Zarif berkata dalam sebuah tweet pada hari Ahad bahawa Team-B kini berusaha mengheret sekutu Washington, UK, ke dalam "kekacauan" selepas kumpulan "hawkish" di Washington gagal memujuk presiden A.S memulakan perang ke atas Iran.

"Setelah gagal mengheret @realDonaldTrump ke dalam Perang Abad ini, dan kegusarannya berhubung prospek kehancuran #B_Team-nya, @AmbJohnBolton sedang mengalih racunnya kepada orang Inggeris dengan harapan dapat menyeret mereka ke dalam kekacauan," kata Zarif.

Zarif terus mengatakan bahawa, "hanya dengan (tindakan) berhati-hati dan (mengekalkan) pandangan jauh mampu menggagalkan plot tersebut." Tweet itu adalah amaran beliau kepada para pegawai Britain untuk tidak melakukan kesilapan yang lebih kritikal. -PRESS TV