Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Isnin

22 Julai 2019

2:43:19 PTG
963524

Iran Berkas Rangkaian Perisikan CIA

Kementerian Perisikan Republik Islam Iran mengatakan bahawa mereka telah mengenal pasti dan membasmi rangkaian perisik terintegrasi yang beroperasi di negaranya di bawah penyeliaan langsung Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) di negara Timur Tengah itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kementerian Perisikan Republik Islam Iran mengatakan bahawa mereka telah mengenal pasti dan membasmi rangkaian perisik terintegrasi yang beroperasi di negaranya di bawah penyeliaan langsung Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) di negara Timur Tengah itu.

Salah seorang pengarah di kementerian pada hari Isnin berkata bahawa Iran telah memberkas 17 pengintip profesional yang bekerja bagi pihak CIA sepanjang tahun lalu dan beberapa daripada mereka yang ditangkap telahpun diberikan hukuman mati, lapor agensi berita Fars.

"Para perisik yang dikenal pasti diletakkan di beberapa bahagian sektor swasta yang sensitif dan kritikal khususnya di bidang ekonomi, nuklear, infrastruktur, tentera dan siber ... di mana mereka bekerja mengumpul maklumat rahsia," kata pegawai yang tidak bernama dalam satu kenyataan.

Pegawai itu berkata bahawa para suspek telah beroperasi di dalam organisasi dan institusi utama terutamanya dalam sektor swasta.

Beliau berkata bahawa CIA telah merekrut kebanyakan individu tersebut dengan menghubungi mereka melalui internet. Taktik lain yang turut digunakan -di dalam operasi mereka- termasuk tindakan mengeluarkan atau memperbaharui visa A.S, mengupah 'para pakar Iran', menyediakan peralatan yang diperlukan, memberikan akses kepada individu tertentu untuk turut serta di dalam acara akademik yang berlangsung di luar negara, menghantar e-mel dan melalui media sosial. -PRESS TV