Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Rabu

24 Julai 2019

7:01:57 PTG
964214

Boris Johnson Lebih Gila Berbanding Trump

Lantang dan penuh kontroversi malah pernah dilabel badut oleh lawannya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Lantang dan penuh kontroversi malah pernah dilabel badut oleh lawannya.

Sejak sekian lama, Boris Johnson mewarnai senario politik Britain dengan gaya rambut dan tingkah lakunya yang pelik sehingga mengundang kecaman ramai.

Beliau juga dianggap prejudis terhadap masyarakat Islam dan imigran.

Tahun lalu, beliau mengeluarkan kenyataan mempersenda wanita Islam apabila menggambarkan mereka sebagai perompak bank atau 'peti surat' kerana memakai burqa dan niqab dalam kolumnya di akhbar Daily Telegraph.

Susulan kenyataan tidak bertanggungjawab itu, jumlah kes jenayah kebencian terhadap wanita Islam melonjak.

Johnson juga pernah menghina masyarakat kulit hitam dan meminta golongan pendatang supaya menguasai bahasa Inggeris jika mahu menetap di Britain.

Jika diamati tingkah laku Johnson lebih teruk berbanding Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang sering mengeluarkan kenyataan berbaur xenofobia dan Islamofobia kerana kata-katanya memecah- belahkan masyarakat.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang pemimpin Islam meninggalkan Parti Konservatif sebaik sahaja Johnson diumumkan sebagai Perdana Menteri.

Mohammed Amin yang menganggotai parti itu sejak lebih tiga dekad lalu percaya Johnson tiada moral untuk menjadi ketua negara. - Agensi