Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Isnin

29 Julai 2019

6:05:14 PTG
965656

Mahkamah Nigeria Dituduh Perlambatkan Rawatan Ke Atas Zakzaky

Usaha untuk menuntut pembebasan ulama Nigeria yang dipenjara, Syeikh Ibrahim al-Zakzaky sekali lagi mengalami tamparan baharu apabila perbicaraan berkaitan ditangguhkan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Usaha untuk menuntut pembebasan ulama Nigeria yang dipenjara, Syeikh Ibrahim al-Zakzaky sekali lagi mengalami tamparan baharu apabila perbicaraan berkaitan ditangguhkan.

Mahkamah Nigeria dijangka akan memutuskan apakah pemimpin Islam negara Afrika itu harus dibebaskan untuk menerima rawatan perubatan segera atau tidak.

Syeikh Zakzaky dijadualkan hadir di mahkamah pada hari Isnin ini, tetapi pihak mahkamah di bandar utara Kaduna menangguhkan pendengaran jaminan itu sehingga 5 Ogos akan datang.

Femi Falana, peguam Zakzaky, berkata lapan laporan perubatan yang disertakan dengan permohonan jaminan menunjukkan bahawa Zakazy memerlukan perhatian perubatan segera di Mesir.

"Doktor telah mengesahkan bahawa beliau telah buta sebelah mata dan mungkin akan kehilangan kesemua penglihatannya akibat daripada glaukoma serius. Kedua, serpihan peluru di dalam tubuhnya masih belum dikeluarkan (dengan sempurna)," kata Falana, sambil menambah bahawa peluru tersebut - serpihan dari pertembungan 2015 - menyebabkan keracunan plumbum, setelah berada di dalam badannya selama empat tahun.

Penyokong dan anggota Gerakan Islam di Nigeria (IMN) - yang diketuai oleh Syeikh Zakzaky - mengatakan penangguhan itu merupakan satu tindakan yang disengajakan untuk menyeret prosiding sehingga keadaan perubatan pemimpin itu merosot ke tahap yang kritikal. -PRESS TV