Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Selasa

30 Julai 2019

6:47:01 PTG
965901

106 Juta Data Peribadi Pengguna Dicuri

Butiran peribadi kira-kira 106 juta individu di seluruh Amerika Syarikat (AS) dan Kanada dicuri dalam insiden penggodaman menyasarkan firma perkhidmatan kewangan, Capital One.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Butiran peribadi kira-kira 106 juta individu di seluruh Amerika Syarikat (AS) dan Kanada dicuri dalam insiden penggodaman menyasarkan firma perkhidmatan kewangan, Capital One.

Suspek penggodam, Paige Thompson, 33, yang merupakan bekas jurutera perisian syarikat teknologi Seattle dilaporkan telah ditahan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) semalam selepas dia mendedahkan kejadian kecurian data itu di laman perkongsian maklumat GitHub.

Capital One dalam satu kenyataan memaklumkan data tersebut termasuk nama, alamat dan nombor telefon individu yang memohon kad kredit.

Namun, suspek penggodam dikatakan gagal mendapatkan nombor akaun kad kredit kesemua individu terbabit.

“Penggodam terbabit berjaya mengeksploitasi ‘kerentanan konfigurasi’ infrastruktur syarikat tersebut. Selain nama dan maklumat peribadi, penggodam tersebut juga dapat memperoleh data skor kredit, had, baki, sejarah bayaran dan maklumat boleh dihubungi,” ujar jurucakapnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Capital One, Richard Fairbank turut memohon maaf atas kejadian itu.

“Saya amat bersyukur kerana pelakunya telah ditangkap,” katanya.

Kecurian data yang berlaku antara 12 Mac dan 17 Julai itu dipercayai adalah yang terbesar dalam sejarah perbankan.

Difahamkan, Thompson telah didakwa melakukan pelanggaran dan penipuan komputer ketika dia dihadapkan di Mahkamah Persekutuan di Seattle.

Pendengaran kes dijadualkan pada Khamis ini. - AFP