Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Khamis

1 Ogos 2019

1:36:10 PTG
966260

Sekatan Ke Atas Zarif Tindakan Keanak-Anakan: Presiden Iran

Presiden Republik Islam Iran, Hassan Rouhani mengecam Amerika Syarikat di atas tindakan Washington yang mengenakan sekatan ke atas Menteri Luar Negera Iran, Mohammad Javad Zarif dengan mengatakan bahawa tindakan "keanak-anakan" itu berasal dari ketakutan mereka terhadap "penalaran" yang digunakan oleh diplomat Iran tersebut serta wawancara beliau dengan pelbagai saluran berita dunia.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Republik Islam Iran, Hassan Rouhani mengecam Amerika Syarikat di atas tindakan Washington yang mengenakan sekatan ke atas Menteri Luar Negera Iran, Mohammad Javad Zarif dengan mengatakan bahawa tindakan "keanak-anakan" itu berasal dari ketakutan mereka terhadap "penalaran" yang digunakan oleh diplomat Iran tersebut serta wawancara beliau dengan pelbagai saluran berita dunia.

Setelah gagal mencapai matlamat mereka melalui sekatan maksimum dan tekanan berterusan, "mereka yang memusuhi bangsa dan pemerintah Iran kini telah beralih langkah dengan menggunakan taktik keanak-anakan," kata Rouhani pada hari Khamis ketika menyampaikan ucapan beliau di wilayah Azerbaijan Barat.

Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat pada hari Rabu mengatakan bahawa mereka telah mengenakan sekatan terhadap Zarif - yang digambarkan oleh Washington sebagai "jurucakap utama Iran di seluruh dunia" - kerana bertindak mengikut perintah Pemimpin Revolusi Islam Ayatullah Seyed Ali Khamenei. -PRESS TV