Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Jumaat

2 Ogos 2019

4:56:04 PTG
966368

Sekutu Tolak Permintaan A.S Bentuk Pakatan Ketenteraan Anti-Iran Di Teluk Parsi

Permintaan Amerika Syarikat untuk membentuk "pakatan" ketenteraan terhadap Iran di Teluk Parsi disambut dingin oleh sekutu tradisinya yang sama ada berdiam diri terhadap permintaan itu atau menolaknya secara lantang termasuk Jerman yang berkata "tidak" kepada Washington, lapor New York Times.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Permintaan Amerika Syarikat untuk membentuk "pakatan" ketenteraan terhadap Iran di Teluk Parsi disambut dingin oleh sekutu tradisinya yang sama ada berdiam diri terhadap permintaan itu atau menolaknya secara lantang termasuk Jerman yang berkata "tidak" kepada Washington, lapor New York Times.

Amerika Syarikat dan Britain setakat ini berusaha habis-habisan utntuk meraih sokongan dari sekutu Asia dan Eropah mereka dalam rangka menyudutkan Iran di Selat Hormuz. Selata itu merupakan laluan kritikal bagi kapal yang membawa bekalan minyak dunia dari rantau Timur Tengah.

Pentadbiran Trump sebelum ini telah berikrar untuk membawa jumlah eksport minyak Iran ke angka sifar. Akan tetapi, di sebalik ikrar dan usaha keras Washington, penghantaran minyak Iran masih berterusan khususnya di negara-negara Asia.

Ketegangan di Teluk Parsi tercetus selepas beberapa serangan yang mencurigakan dilancarkan ke atas kapal tangki minyak yang beroperasi di kawasan itu tidak berapa lama selepas A.S menempatkan kumpulan angkatan laut baru dan pengebom B-52 ke rantau ini. -PRESS TV