Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Ahad

4 Ogos 2019

5:28:50 PTG
966914

29 Maut Dalam Dua Serangan Tembakan Di AS

Dua serangan tembakan di Amerika Syarikat (AS) yang meragut sekurang-kurangnya 29 nyawa dalam tempoh 24 jam mencetuskan kebimbangan tentang bagaimana langkah boleh diambil untuk menangani keganasan senjata api di negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Dua serangan tembakan di Amerika Syarikat (AS) yang meragut sekurang-kurangnya 29 nyawa dalam tempoh 24 jam mencetuskan kebimbangan tentang bagaimana langkah boleh diambil untuk menangani keganasan senjata api di negara itu.

Dalam kejadian semalam, seorang lelaki bersenjatakan raifal melepaskan tembakan rambang ke arah pengunjung di pasar raya Walmart di El Paso, Texas dan menyebabkan sekurang-kurangnya 20 terbunuh.

Kira-kira 13 jam kemudian, seorang lagi penyerang melancarkan serangan dan mengakibatkan sembilan maut di Dayton, Ohio awal pagi tadi sebelum suspek ditembak mati anggota polis.

"Kira-kira 16 mangsa turut cedera dan sedang dirawat di hospital," kata Leftenan Polis Dayton, Kolonel Matt Carper.

Menurutnya, penyerang terbabit melepaskan tembakan pada jam 1 pagi (waktu tempatan) di laluan bar popular dan hiburan pada waktu malam di daerah Oregon.

Difahamkan, polis sedang melakukan siasatan untuk mengenal pasti identiti suspek.

Terdahulu, Presiden AS, Donald Trump menyifatkan serangan El Paso sebagai 'tindakan pengecut' dan polis juga menyiasat kes itu sebagai kemungkinan jenayah kebencian. - AFP