Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Ahad

4 Ogos 2019

5:53:42 PTG
966919

Jemputan A.S Kepada Zarif Ditolak: Laporan

Tidak lama sebelum Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas Menteri Luar Republik Islam Iran, Presiden A.S, Donald Trump telah menjemput beliau ke Rumah Putih untuk bermesyuarat. Jemputan itu disampaikan oleh pentadbiran beliau melalui seorang perantara.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tidak lama sebelum Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas Menteri Luar Republik Islam Iran, Presiden A.S, Donald Trump telah menjemput beliau ke Rumah Putih untuk bermesyuarat. Jemputan itu disampaikan oleh pentadbiran beliau melalui seorang perantara.

Menurut laporan yang ditulis oleh Robin Wright untuk majalah The New Yorker, Senator Rand Paul -Senator Kentucky- yang bertindak sebagai perantara dilaporkan telah menghubungi Zarif bagi meyampaikan jemputan Trump.

Jemputan itu disampaikan kepada Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif ketika lawatannya ke New York pada bulan lalu.

Kebimbangan Zarif

Mohammad Javad memaklumkan kepada Paul bahawa pertemuan itu tidak akan mendatangkan sebarang natijah yang konklusif dan perkara itu akan hanya digunakan oleh Trump untuk menunjukkan bahawa pentadbirannya bersikap pro-dialog dan diplomasi.

Apapun selepas pertemuan dengan Paul, Zarif menyampaikan mesej tersebut kepada para pemimpin di Iran yang mana mereka pada gilirannya telah menolak pertemuan itu.

Pendedahan mengenai jemputan itu tercetus beberapa hari sebelum A.S mengenakan sekatan terhadap Mohammad Javad kerana didakwa mempunyai kaitan dengan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) dan bertindak sebagai 'Menteri propaganda, bukannya Menteri Luar'. - PRESS TV