Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Isnin

5 Ogos 2019

5:40:13 PTG
967150

Sekatan A.S Ke Atas Sektor Kesihatan Iran Satu Jenayah Kemanusiaan: Menteri

Menteri Kesihatan Iran, Saeed Namaki berkata bahawa sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap sektor kesihatan Iran adalah sebuah jenayah terhadap kemanusiaan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Kesihatan Iran, Saeed Namaki berkata bahawa sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap sektor kesihatan Iran adalah sebuah jenayah terhadap kemanusiaan.

Menteri Iran membuat kenyataan itu dalam sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatannya dari Lubnan, Jamil Jabak, di Tehran pada Isnin. Beliau berkata, "Tindakan yang diambil oleh pentadbiran Amerika Syarikat yang mengharamkan (akses terhadap) ubat-ubatan yang diperlukan oleh pesakit dan tekanan lain Washington terhadap sektor kesihatan Iran adalah jenayah terhadap kemanusiaan. "

Pada tahun lalu, Presiden Donald Trump secara sepihak menarik Amerika Syarikat keluar dari perjanjian nuklear 2015 dengan Iran dan mula memperkenalkan sekatan "maksimum" terhadap Tehran.

Sekatan itu secara zahir mengecualikan barang-barang kemanusiaan, seperti perubatan dan instrumen perubatan. Akan tetapi, tindakan itu secara efektifnya telah telah menyekat akses Iran kepada perkhidmatan perubatan dan kesihatan.

Majlis Perubatan Republik Islam Iran (IRIMC) pada November lepas berkata bahawa sekatan ekonomi tersebut telah mendatangkan kesan negatif ke atas sektor kesihatan negara. -PRESS TV