Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Selasa

6 Ogos 2019

6:28:37 PTG
967458

Masyarakat Latin A.S Khuatir Susulan Tragedi El Paso

Masyarakat latin Amerika Syarikat (AS) menyuarakan kekhuatiran dan turut menyalahkan Presiden, Donald Trump selepas tragedi serangan yang mengorbankan 22 orang di pasar raya walmart di sini, baru-baru ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Masyarakat latin Amerika Syarikat (AS) menyuarakan kekhuatiran dan turut menyalahkan Presiden, Donald Trump selepas tragedi serangan yang mengorbankan 22 orang di pasar raya walmart di sini, baru-baru ini.

Bangkok Post yang memetik AFP melaporkan, Ketua Gabungan Hak Pendatang Los Angeles (CHIRLA), Angelica Salas berpendapat insiden itu berkait rapat dengan semangat kebencian terhadap golongan minoriti yang semakin berkembang sejak Trump dipilih menjadi Presiden pada 2016.

"Retorik beliau telah menyemarakkan api kebencian dalam negara ini," katanya.

Penyerang dikatakan memandu sejauh 1050 kilometer semata-mata untuk menembak penduduk berasal dari Mexico yang tinggal di kawasan tersebut.

Lapan warga Mexico merupakan antara yang terbunuh dalam kejadian berdarah itu.- AGENSI