Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Selasa

6 Ogos 2019

6:34:33 PTG
967460

Pembekuan Harta Milik Venezuela Sebuah Tindakan Keganasan Ekonomi

Venezuela berkata bahawa Amerika Syarikat telah melancarkan "keganasan ekonomi" terhadap rakyat Venezuela dengan memerintahkan pembekuan kesemua aset kerajaan Venezuela di Amerika.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Venezuela berkata bahawa Amerika Syarikat telah melancarkan "keganasan ekonomi" terhadap rakyat Venezuela dengan memerintahkan pembekuan kesemua aset kerajaan Venezuela di Amerika.

Dalam satu kenyataan pada hari Selasa, Kementerian Luar Venezuela mengkritik langkah A.S dan menyifatkan perkara itu sebagai "satu lagi tindakan keras yang serius oleh pentadbiran [Presiden Amerika Syarikat Donald] Trump melalui keganasan ekonomi yang bersifat sewenang-wenang terhadap rakyat Venezuela."

Trump mengeluarkan perintah eksekutif pada hari Isnin yang menyekat "semua harta serta kepentingan milik Kerajaan Venezuela yang ada di Amerika Syarikat." -PRESS TV