Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Jumaat

9 Ogos 2019

2:27:06 PTG
967763

Pasukan Keselamatan Venezuela Ditempatkan Di Sempadan Bersama Colombia

Venezuela mengerahkan sekitar 3,500 tentera dan polis ke sempadan dengan Colombia untuk memerangi penyeludupan minyak dan dadah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Venezuela mengerahkan sekitar 3,500 tentera dan polis ke sempadan dengan Colombia untuk memerangi penyeludupan minyak dan dadah.

Ketua Pemerintah Strategik Operasi, Admiral Remigio Ceballos berkata, pengerahan pasukan keselamatan di Tachira tersebut merupakan sebahagian operasi dijalankan di seluruh negara.

“Kita akan meneruskan operasi bagi memerangi penyeludup dadah dan minyak,” katanya.

Tambahnya, sebanyak 20 tan dadah telah dirampas di seluruh negara.

Pada Februari lalu, Caracas menghentikan hubungan dengan Bogota berikutan sokongan mereka terhadap pemimpin pembangkang, Juan Guaido. - AFP