Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Isnin

12 Ogos 2019

2:39:14 PTG
968326

Lapangan Terbang Di Libya, Diserang Roket

Satu-satunya lapangan terbang yang beroperasi di Libya diserang roket semalam, kata pihak berkuasa lapangan terbang.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Satu-satunya lapangan terbang yang beroperasi di Libya diserang roket semalam, kata pihak berkuasa lapangan terbang.

Keadaan itu dilihat melanggar gencatan senjata sementara antara kerajaan perpaduan dan tentera setia kepada Khalifa Haftar.

“Lapangan terbang Mitiga menjadi sasaran serangan pada pagi, ketika hari pertama Hari Raya Aidiladha,” kata pihak pengurusan lapangan terbang menerusi kenyataan di laman Facebook.

Jelas kenyataan itu, kawalan trafik udara dihentikan sehingga notis selanjutnya.

Beberapa gambar yang memaparkan kepulan asap dari landasan dan tempat letak pesawat turut disertakan bersama.

Pada awal April lalu, Khalifa melancarkan serangan untuk menawan ibu negara Libya tetapi berdepan dengan tentangan kuat, sehingga menyebabkan menemui jalan buntu selama beberapa bulan di pinggir selatan Tripoli.

Sabtu lalu, Tentera Negara Libya (LNA) bersama Kerajaan Perpaduan Negara (GNA) telah bersetuju melaksanakan gencatan senjata atas tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sempena Hari Raya Aidiladha.

Beberapa syarat telah disenaraikan oleh GNA termasuk pemberhentian pergerakan tentera. - AFP.