Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Rabu

14 Ogos 2019

6:22:40 PTG
968951

Enam Maut Serangan Pengebom Bunuh Diri Di Chad

Enam orang dilaporkan maut selepas seorang pengebom bunuh diri wanita meletupkan diri di barat Chad awal pagi ini, kata seorang pegawai kanan tentera dalam serangan yang dikaitkan dengan militan Boko Haram Nigeria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Enam orang dilaporkan maut selepas seorang pengebom bunuh diri wanita meletupkan diri di barat Chad awal pagi ini, kata seorang pegawai kanan tentera dalam serangan yang dikaitkan dengan militan Boko Haram Nigeria.

"Enam orang maut termasuk seorang anggota tentera," kata sumber yang enggan dikenali berhubung serangan yang berlaku di daerah Kindjiria itu.

Beberapa orang turut dilaporkan cedera, namun setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan. - AFP