Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Khamis

15 Ogos 2019

7:04:40 PTG
969153

Gibraltar Lepaskan Kapal Tangki Iran Di Sebalik Tekanan A.S

Kerajaan Gibraltar telah mengeluarkan arahan untuk melepaskan kapal tangki -kendalian Iran- yang sebelum ini dirampas oleh tentera marin British di Selat Gibraltar pada 4 Julai lepas di sebalik tekanan Amerika Syarikat yang mahukan kapal itu terus ditahan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kerajaan Gibraltar telah mengeluarkan arahan untuk melepaskan kapal tangki -kendalian Iran- yang sebelum ini dirampas oleh tentera marin British di Selat Gibraltar pada 4 Julai lepas di sebalik tekanan Amerika Syarikat yang mahukan kapal itu terus ditahan.

"Pihak Berkuasa di Gibraltar telah melepaskan kapal Iran, Grace 1 yang dirampas pada 4 Julai kerana disyaki telah menghantar 2.1 juta tong minyak mentah ke Syria sekaligus melanggar sekatan EU," kata Reuters yang memetik Gibraltar Chronicle pada hari Khamis.

Menurut laporan itu, ketua hakim Mahkamah Agung Gibraltar, Anthony Dudley, mengatakan bahawa tidak ada sebarang permohonan daripada pihak AS saat buat masa ini kepada pihaknya. -PRESS TV