Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Khamis

15 Ogos 2019

7:08:46 PTG
969154

Enam Cedera Insiden Tembakan Di A.S

Sekurang-kurangnya enam anggota polis cedera dalam insiden berbalas tembakan dengan seorang suspek di Upper North Philadelphia, Amerika Syarikat semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekurang-kurangnya enam anggota polis cedera dalam insiden berbalas tembakan dengan seorang suspek di Upper North Philadelphia, Amerika Syarikat semalam.

Pihak berkuasa berkata, kejadian itu berlaku ketika pegawai berkenaan mahu menyerahkan waran geledah dalam operasi antidadah di kediaman suspek di kawasan kejiranan Nicetown-Tioga.

Dua anggota polis turut terperangkap selama kira-kira lima jam di dalam rumah suspek sejurus kejadian berbalas tembakan tercetus dan berjaya dibebaskan anggota pasukan SWAT selepas hari bertukar malam.

"Kesemua anggota terbabit terkena tembakan namun kecederaan mereka tidak mengancam nyawa," kata Komisioner Jabatan Polis Philadelphia, Richard Gross.

Tambah Gross, suspek masih bersembunyi di kediamannya dan usaha bagi memujuknya menyerah diri sedang giat dijalankan.

Namun Gross berkata, pihaknya tidak mendapat petunjuk suspek akan menyerah diri.

Susulan kejadian itu, sekolah serta pusat pengajian tinggi berhampiran lokasi kejadian ditutup nerkuatkuasa serta-merta.

Sementara itu, NBC10 melaporkan, sekurang-kurangnya seorang suspek berjaya diberkas dan pegawai sedang memburu seorang lagi lelaki bersenjata.

Perkembangan kejadian itu turut dimaklumkan kepada Presiden Donald Trump dari semasa ke semasa. - Agensi