Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Pergerakan Islam Nigeria (IMN), Syeikh Ibrahim Zakzaky telah meninggalkan India kerana membantah apa yang dipanggilnya sebagai "halangan" daripada kerajaan Nigeria ke atas rawatan perubatannya.
Bercakap kepada AFP pada hari Jumaat, anak perempuan Zakzaky, Suhailah Zakzaky mengesahkan bahawa Zakzaky telah meninggalkan New Delhi dan menuju ke tanah air mereka. "Mereka menaiki kapal terbang yang dioperasikan oleh Ethiopian Airlines," katanya.
Zakzaky kembali bersama isterinya, Mallimah Zinat - yang juga dijadualkan untuk menerima rawatan di atas kecederaannya - selepas mengumumkan keberangkatan mereka pada hari Khamis.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Islam yang berpangkalan di London, sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO), berkata bahawa pasangan itu "sudah berputus-asa" ke atas prospek menerima rawatan yang sewajarnya di India. -PRESS TV
16 Ogos 2019 - 17:19
News ID: 969244

Pemimpin Pergerakan Islam Nigeria (IMN), Syeikh Ibrahim Zakzaky telah meninggalkan India kerana membantah apa yang dipanggilnya sebagai "halangan" daripada kerajaan Nigeria ke atas rawatan perubatannya.