Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Utusan
Sabtu

17 Ogos 2019

7:20:03 PTG
969507

Sudan Meraikan Peralihan Kepada Pemerintahan Awam

Orang ramai berteriak kegembiraan di jalanan selepas jeneral Sudan dan pemimpin protes menandatangani perjanjian bersejarah bagi memacu pemerintahan awam, hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Orang ramai berteriak kegembiraan di jalanan selepas jeneral Sudan dan pemimpin protes menandatangani perjanjian bersejarah bagi memacu pemerintahan awam, hari ini.

Ribuan orang bersorak dan berhimpun sekitar 'Friendship Hall' bersebelahan dengan Nile yang mana dokumen yang akan memandu peralihan kuasa 39 bulan Sudan telah ditandatangani.

Deklarasi perlembagaan akan menyaksikan kewujudan pentadbiran peralihan yang dipandu oleh 11 ahli majlis kedaulatan iaitu enam orang awam dan lima wakil tentera. - AFP